Ladap Frog VLE Hutecs 2019

img-20190110-wa0002

Ladap Frog VLE Hutecs telah diadakan pada hari Sabtu (12.1.2019) di makmal ICT Hutecs oleh Fasilitator daripada Pegawai Frog VLE Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu(BTPNT) dibantu oleh Jurulatih Forg VLE kepada seramai 20 orang guru dan 20 pelajar Hutecs.

 

Oleh :

Razzi/Unit ICT Hutecs

 

Advertisements

Majlis Menjulang Kemuliaan Ilmu Hutecs 2018

Majlis Menjulang Kemuliaan Ilmu 2018 telah diadakan pada 20 September 2018 di Dewan Terbuka Khalid dan telah dirasmikan oleh Haji Azman bin Othaman, Ketua sektor Pengurusan Akademik JPNT.

Tujuan majlis tersebut diadakan bagi meraikan pelajar atas kejayaan mereka mengharungi dan menamatkan pengajian di Pusat Tingkatan Hulu Terengganu (Hutecs).

Oleh : Razzi/ICT Hutecs

Lawatan Berilmu ke Thailand dan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Madrasah Tahfiz Al Hassani Patani Darul Salam.

Pusat Tingkatan Enam Hulu Terengganu telah mengadakan Lawatan Berilmu ke Hatyai, Patani dan Songkla (Singgora) Thailand pada 14,15 dan 16 selama 3 hari 2 malam dan telah disertai seramai 25 orang pelajar dan 12 orang guru.

Pelajar dan Guru-guru Pusat Tingkatan Enam Hulu Terengganu telah menyampaikan sumbangan kepada Madrasah Tahfiz al Quran Aa Hassani Patani bagi pembinaan Asrama Puteri Madrasah tersebut. Sumbangan telah disampaikan oleh Pengetua Hutecs Encik Rasdi bin Deraman bagi pihak Pusat Tingkatan Enam Hulu Terengganu.

Razzi/Unit ICT Hutecs

Latihan Kecemasan dan Kebakaran Hutecs 2018

Satu Latihan Kecemasan dan Kebakaran (Fire Drill) peringkat Kolej telah diadakan pada 4 Ogos 2018 dengan kerjasama Jabatan Bomba Daerah Hulu Terengganu. Pelajar didedahkan cara menyelamatkan diri ketika kebakaran dan cara memadam kebakaran.

Razzi/Unit ICT Hutecs